banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Showing posts with label Bomoh. Show all posts
Showing posts with label Bomoh. Show all posts

Saturday, 14 February 2015

Video dan Gambar : Sami Masukkan Bola-bola kecil kedalam alat sulit wanita ini

Jijik apabila seorang bomoh keparat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh.
Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.

Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.
Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.
Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.
Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.
Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.
Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.
Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.

Dia kemudian membuat laporan polis.

Thursday, 12 February 2015

[Gambar dan Video] Sami jahat pura pura merawat dan merogol Guru Dengan Bantuan Dua Isteri

Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.
Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.
Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya – Mona dan Rama – tinggal di rumah sama di Amroli.
“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.
Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.
Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.
“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.
“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.
Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan.
Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh.

Wednesday, 11 February 2015

Video Abang Rakam Adik Dirogol Bomoh

Rakam Adik Dirogol Bomoh

Rakam Adik Dirogol Bomoh - SEGAMAT : Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.

Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.
Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.
Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.
Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.
Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.
Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.
“Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.
“Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.
Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.
Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.
“Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.
“Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.
Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.
Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban.

VIDEO REMAJA DIROGOL BOMOH DUA KALI KETIKA RAWATAN





KAMPAR: Seorang remaja berusia 19 tahun dirogol dua kali dalam keadaan separa sedar ketika mengikuti tiga rakannya mendapatkan rawatan tradisional daripada dua bomoh di sebuah sungai di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakannya yang berasal dari Kota Damansara mengunjungi sebuah pondok yang terletak di dalam sebuah dusun dengan menaiki kereta milik pengamal tradisional tersebut kira-kira jam 1 pagi.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik tiba di pondok tersebut yang terletak jauh dari kawasan penduduk, mangsa diajak berbual oleh seorang daripada bomoh terbabit yang berusia 42 tahun sambil bersiar-siar di sekitar kampung.

“Suspek memberitahu mangsa perlu menjalani mandian bunga di sungai terbabit bagi membuang ‘benda’ yang terdapat dalam badannya secara batin. Pemerkosaan berlaku ketika mangsa dalam keadaan separa sedar selepas dipercayai dipukau.

“Mangsa kemudiannya diperkosa kali kedua dengan alasan perlu menjalani proses itu sekali lagi menggunakan mandian air kelapa kira-kira jam 3 petang,” katanya di sini, semalam.

Koong Soon berkata, mangsa dan rakannya kemudiannya dibawa sehingga ke Kuala Kangsar kononnya untuk membuang ‘benda’ yang dikeluarkan daripada mangsa ke Sungai Perak.

“Mereka kemudiannya dibawa bersiar-siar sehingga ke Beruas sebelum dihantar pulang ke Kota Damansara di mana mangsa segera membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, keterangan mangsa dan rakannya diambil dan suspek berjaya ditahan di Rembau, Negeri Sembilan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.

Tuesday, 10 February 2015

VIDEO BOMOH ROGOL CIKGU TADIKA UNTUK BERUBAT TERSEBAR

bomo
VIDEO BOMOH ROGOL CIKGU TADIKA UNTUK BERUBAT TERSEBAR | seorang wanita dipercayai cikgu sebuah sekolah tadika telah dirogol oleh bomoh ketika sedang berubat.   Seperti yang terpapar di Harian metro dimana seorang guru tadika yang ingin menyembuhkan penyakit yang dideritai nya dengan berjumpa dengan seorang bomoh telah dirogol pula.
Ini bukan kali pertama kes rogol yang melibatkan bomoh dilaporkan, disebabkan sikap sambil lewa masyarakat dan akibat terlalu percaya menyebabkan perkara sebegini berulang. Di harap masyarakat di luar sana dapat menjadikan kes ini sebagai satu pengajaran supaya ianya tidak berulang lagi dimasa akan datang.
Kuala Terengganu: Sudahlah penyakit dideritai tidak sembuh, menjadi mangsa rogol pula. demikian nasib seorang guru tadika ibarat sudah jatuh tangga apabila diperkosa bomah yang mengambil kesempatan ketika merawatnyakerana dipercayai terkena buatan orang.
Bomoh berusia 59 tahun dikenali sebagai Datuk F itu dikatakan mengambil kesempatan dalam bilik perubatan ketika mangsa tidak sedarkan diri selepas dijampi di rumahnya di Kampung Wakaf Tengah, di sini.
Difahamkan, penangan jampi serapah Datuk F menyebabkan mangsa tiba-tiba lemah dan membiarkan tubuhnya diratah sebelum dibenarkan pulang. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan ke rumah bomoh itu yang kononnya memiliki kepakaran merawat pesakit terkena buatan orang. Katanya, mangsa yang percaya terkena buatan orang ke rumah bomoh itu sendirian untuk rawatan pada jam 10.30 malam, Ahad lalu.
“Mangsa yakin dengan kebolehan dan keikhlasan bomoh itu sehingga nekad pergi sendirian ke rumahnya tanpa memikirkan risiko,”.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah Datuk F, mangsa dibawa msuk ke bilik perubatan sebelum diarahkanberbaring untuk memulakan rawatan. Katanya, bomoh itu membaca jampi serapah kononnya bagi memulakan proses rawatan yang didakwa menyebabkan mangsa khayal, tetapi menyedari setiap perbuatan serta gerak-geri bomoh itu tanpa mampu melawan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang dibuat seorang wanita berusia 28 tahun dan bekerja sebagai guru tadika. “Suspek kini direman,” katanya. Sumber, Harian Metro
- See more at: http://eberita.org/video-bomoh-rogol-cikgu-tadika-untuk-berubat-tersebar/#sthash.DsbMqclP.dpuf