banner besar bitvertiser

banner biasa revenew hitz

top banner revenewhitz

Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, 10 February 2015

[Video dan Gambar] Rakaman Video Disebar Mirip Fazura



Sudah mahu masuk tahun 2015 dan masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar video lucah yang dikatakan milik selebriti tempatan dan Nur Fazura menjadi mangsa terbaru dan ini bukan buat  pertama kalinya selepas insiden beberapa tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Nur Fazura menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lucah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu.


Fazura Nafi Terbabit Dalam Video Lucah

“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video luc@h. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” ujarnya yang telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu dan ianya memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki.

Thursday, 29 January 2015

Jurugambar miang dikantoikan oleh model

Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej seksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.

Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.

Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian dada dan pahanya.

“Saya dapat merampas kameranya untuk melihat gambar yang diambil.




“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar dada dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.

“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.

Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.

Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.

“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.

Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.

Hujah mereka - model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata. Credit HM

Thursday, 22 January 2015

Orang Ramai Bantah Polis Buli Zamani Slam Dalam Tahanan





Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.
Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap.
Orang Ramai Bantah Polis Buli Zamani Dalam Lokap - ROTIKAYA
Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang.
Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. (rtky/m)

Wednesday, 21 January 2015

AKHIRNYA TERJAWAB..!! Aksi Ainan Tasnem SUMBANG DIDALAM KERETA RAKAN


Penyanyi Ainan Tasneem, 23, menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.



Bercakap kepada mStar online, pemilik nama sebenar Ainan Tasneem Ridzuan ini berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata," katanya.

Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka 'bermesra-mesraan' hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesra' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal," katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

"Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah," jelasnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.

"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu," ujarnyayang kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.

Dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.

sumber : mStar online

No comments:


Post

Saturday, 17 January 2015

Ya Allah..!!! Manusia Jenis Apa La ko Nih..!!! Kejadian Berlaku Jam 8 Malam Di Bangunan Putrajaya (7 Foto)

PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam wanita, cedera parah di bahagian muka akibat diserang oleh seorang lelaki di sebuah bangunan kerajaan di sini.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam tadi, mangsa cedera diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan berkenaan, dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa.

Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.

Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka, menyebabkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah.

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.

Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.












Monday, 5 January 2015

(8 Foto) ASTRO AWANI Dikritik Hebat Di Laman Sosial Kerana Lapor Tentang Page Troll Amran Fans..??


Berita sampah. Hilang kredibliti. Adakah Astro kini pengganti kepada Mangga. Itu antara komen2 kritikan yang dilemparkan kepada Astro Awani di laman rasmi facebook mereka sejak siang tadi.

Bahkan tak kurang juga yang mengesyaki bahawa Astro Awani dan admin Amran Fans ialah orang yang sama atau sekurang2nya kenalan rapat sehingga Astro Awani sudi melaporkan tentang apa yang berlaku kepada page troll tersebut.

Untuk rekod ini adalah kali ketiga page troll itu mendapat perhatian Awani. 

Kali pertama ketika page troll itu diban.
Kali kedua ketika page troll itu diban sekali lagi.
Dan kali ketiga adalah berkenaan kesedihan Amran tentang Hanis Zulaikha.

Selain dari Amran Fans, beberapa page troll terkenal yang lain seperti KHK (Kepala Hotak Kamu) dan Malaysian Gags tidak pernah sekalipun mendapat tempat di ahti Astro Awani dalam laporan pemberitaannya.

Ini apa yang dilaporkan oleh Astro Awani sehingga ia dipertikaikan oleh ramai pengguna media sosial.



Dan dalam laporannya juga Astro Awani menyatakan bahawa dia dihubungi oleh admin Amran Fans bagi menyatakan kekecewaannya terhadap lamaran yang diterima oleh Hanis Zulaikha.

Ini yang terpapar di laman beritanya ;


Dan ini adalah kritikan2 yang diterima oleh Astro Awani menerusi komen2 yang terpapar di laman facebook kendalian Astro Awani ;






(4 Foto) Perlu ke derma benda macam ni kepada mangsa banjir..??



Jangan buat naya dan tahana kat mangsa banjir yg sedang dalam kesusahan macam ni. Jangan berikan barangan yg tak sepatutnya spt ini spt seluaq dalam yg buruk. Admin mengutuk sekeras2nya tindakan sebegini.



Saturday, 3 January 2015

Sharifah Sofea Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370 (3 Foto)


HIASAN
Sharifah Sofea Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370 | Wanita yang telah mendedahkan maklumat penting mengenai pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lepas, Sharifah Sofia Syed Rashid telah dikatakan muntah darah secara tiba-tiba.

Thursday, 1 January 2015

Perbuatan Ustazah Masitah Yang Mengejutkan Umat Islam Di Malaysia

Sangat Memalukan Seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi bertitle ustazah dengan selambernya bersalaman dengan seorang lelaki bukan mahram baginya.

Gambar ini tersebar di group facebook pejuang tegar pakatan Rakyat apa yang menyedihkan d dalam islam mengatakan hukum bersalaman antara lelaki dan perempauan adalah haram. Namun bagi Ustazah Masitah ia tidak haram lelaki bersalaman dengan perempuan asalkan tidak menimbulkan berahi


Tidak pasti dimana Ustazah ini rujuk fatwa tidak haram ini samada beliau keluarkan sendiri atau rujuk ulamak syiah.Ustazah Masitah juga turut lantang bersuara kritik Ustaz Pelawak dan Ustaz Bollywood dalam Mesyuarat Himpunan UMNO baru-baru ini
petikan yang dipost dalam group tersebut

Jadi apa pandangan anda? jangan kerana politik hal yang haram dihalalkan

Sunday, 28 December 2014

Pek Daging Manusia Dibungkus Untuk Pasaran Dunia. (5 Foto)

Pek Daging Manusia Dibungkus Untuk Global Pasaran Dunia | Apakah kita sedang menyaksikan promosi penjualan daging manusia? Daging manusia ini di bungkus dalam pek Gergasi!
PETA telah menganjurkan kempen di New York City bagi memboikot pembunuhan binatang dan pemakanan daging dengan menampilkan sukarelawan yang berminat bogel di dalam dulang plastik gergasi seperti daging yang dibalut, ditutup dengan darah palsu.
Aktibiti yang terlibat menyarakan protes bahawa semua binatang diperbuat daripada daging darah dan tulang dan haiwan mempunyai deria yang sama juga pelbagai emosi sebagai manusia. Ini bermakna , apabila anda makan daging, anda sama sekali memakan mayat! 
Pelekat harga yang besar pada pek bungkusan daging orang itu ialah bertujuan untuk menunjukkan perumpamaan bahawa “Berbilion haiwan didera dengan ganas dan dibunuh dengan kejam kerana anda makan daging. Sumber.

Thursday, 25 December 2014

Kerana Pakai Kurung Ketat Melekat...

Isteri Dipukul Akibat Pakai Kurung Ketat dan Melekat | Pertelingkahan Sepasang suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka juga di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera. Kejadian beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam.


Menurut sumber sebelum kejadian si suami mengajak isterinya makan diluar, namun apabila si wanita itu mengenakan sehalai jubbah, lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.
Lelaki itu berpendapat jubbah yang dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam. Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya basa sahaja dan sudah menutup aurat, katanya ketika dhubungi semalam.
Sumber itu berkata bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa kali. Tidak cukup dengan itu dia turut memukul badan mangsa dengan penyangkut baju hingga wanita itu cedera di mulut dan lebam dibadan. Mangsa yang cedera mendapat rawatan diklinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak.

Nampak je gambar tu macam biasa tapi...

Trend akhir zaman sangat mengugat dan sangat mencabar buat lelaki kerana pemakaian wanita masakini umpama telanjang tidak memakai apa-apa. Apabila ditegur akan melenting bila gambar ghairah mereka dambil mula menyalahkan pihak lain tetapi diri sendiri yang menyebabkan gambar berahi tersebar

begitulah gambar ini gadis melayu ini telah menguploadkan gambar hot beliau menunggang motorsikal 125 z tujuan gambar tersebut di upload kemungkinan untuk mendapatkan perhatian dari lelaki tapi malangnya ada sesuatu pada bahagian dadanya hingga menyebabkan beliau ditroll oleh rakan-rakan lelaki yang lain lihatlah gambar dibawah 


http://www.beritahariann.org/2014/12/gambar-ada-sesuatu-pada-dada-wanita-ini.html

(5 Foto)Fesyen Kambing Apa Pakai Seluar Macam Nih!!



SIBU - Beberapa gambar dua wanita bertudung tetapi berseluar pendek sehingga menampakkan paha, tersebar meluas di laman sosial.

Dalam ‘penampakan’ di sebuah pusat beli belah di bandar itu, dua wanita terbabit dilihat memakai tudung berwarna kuning, namun berseluar pendek sehingga menampakkan bahagian kaki mereka yang putih melepak.

Tidak diketahui apa motif mereka berpakaian sedemikian.

Menurut seorang pekerja Parkson, Umiq berkata, dua wanita terbabit bukan orang tempatan. Sebaliknya warganegara China yang datang melancong ke Malaysia. Namun tidak diketahui apa motif mereka berpakaian seperti itu.

“Tidak tahu apa motif mereka berpakaian seperti itu. Seorang jalan dengan tersenyum riang, seorang lagi berjalan sambil tutup muka. Kami semua terkejut dengan penampilan mereka berdua, termasuk para pengunjung pusat beli belah pelbagai bangsa memerhatikan mereka berdua,” katanya.

Ada seorang lelaki dikatakan telah menegur perbuatan dua wanita berkenaan. Namun dengan tanpa sebarang rasa bersalah, mereka memberikan alasan mereka pelancong China dan enggan mengendahkan teguran lelaki terbabit.

Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti apakah benar dua wanita terbabit pelancong China atau cuba mewujudkan provokasi dan menghina agama Islam. Hal seperti ini perlu dipandang serius oleh pihak berwajib kerana ia boleh menjadi satu penghinaann terhadap agama Islam. - MYMEDIAHUB